Perasaan terpegun Dato' DR Sheikh Muszaphar ketika berada di angkasa lepas
Angkasawan pertama
negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha berkata pengalaman
melihat bumi dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sangat hebat dan
indah serta sukar untuk diucapkan dengan kata-kata.
Apabila saya lihat bumi di angkasa lepas,
jantung berhenti seketika, saya tidak berkelip mata langsung...sesuatu yang
mengasyikkan dan hebat," katanya dalam satu temubual eksklusif dengan
Radio 24 hari ini.
Katanya ketika mendapat kesempatan melihat kebesaran Allah dari ISS yang terletak di orbit 350 kilometer dari bumi, beliau berniat di dalam hatinya untuk berkongsi pengalaman itu dengan seluruh rakyat Malaysia sekembalinya ke bumi.
"Susah nak gambarkan kepada rakyat Malaysia tetapi saya tulis dalam diari mengenai kebesaran Allah semasa di angkasa lepas agar dapat dikongsi bersama," katanya.
Dalam temubual itu, yang merupakan pertama kali dibuat bersama media sekembalinya dari ISS itu, Dr Sheikh Muszaphar mengakui pengalaman berada selama dua hari dalam kapsul Soyuz TMA-10 sebelum sampai ke ISS juga merupakan perkara yang tidak boleh dilupakan.
"Kita sudah terapung dalam Soyuz selama dua hari...bergerak dari satu tempat ke satu tempat hanya menolak kaki, ia satu perkara yang hebat. Sampai di bumi nak angkat tangan pun terasa berat, bayangkan mereka yang tinggal enam bulan di sana," katanya.

Sejarah pembabitan
Malaysia dalam industri angkasa terpahat Ahad lepas setelah Dr Sheikh
Muszaphar selamat kembali ke bumi pada pukul 6.37 petang waktu Malaysia
dengan kapsul Soyuz TMA-10, 11 hari selepas berada di ISS bagi
menjalankan pelbagai penyelidikan sains termasuk mengenai bakteria dan
penghabluran protein.
Mengimbas semula perasaannya sebaik terpilih sebagai angkasawan pertama negara ke ISS, Dr Sheikh Muszaphar berkata, beliau tidak terkejut dengan pemilihan itu, namun tetap bersyukur diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri dan rakyat Malaysia untuk merealisasikan wawasan negara itu.
"Saya kini benar-benar bersyukur dan saya berjanji apabila kembali (ke Malaysia) nanti, saya akan jalankan tanggungjawab sebagai seorang angkasawan untuk menyuntik inspirasi kepada seluruh rakyat, kepada pelajar dan golongan belia di Malaysia," katanya.
Mengenai saat pertama kali mendekati Soyuz TMA-11 pula, Dr Sheikh Muszaphar berkata beliau tidak merasa khuatir atau bimbang sebaliknya perasaannya lebih tenang berkat bulan Ramadan.
"Untuk pelancaran itu, saya memperbanyakkan zikir dan baca surah Al-Quran untuk memberi keyakinan pada saya. Pendek kata, saya tidak rasa risau atau bimbang," katanya.
Beliau menyifatkan kekuatan itu juga timbul kerana perasaan yakin bahawa impiannya untuk bergelar angkasawan sudah begitu hampir untuk menjadi kenyataan.
"Apa yang paling penting ialah untuk merealisasikan impian dan untuk pergi ke angkasa lepas. Ini merupakan fokus saya selama setahun dan selama itulah saya rasa lebih tenang dan yakin," katanya.
Bercerita pula pengalamannya berada dalam pesawat Soyuz TMA-11, Dr Sheikh Muszaphar berkata beliau merasakan pengalaman itu seolah-olah suatu mimpi.
"Saya agak terkejut kerana pelancaran selama lapan minit 48 saat yang begitu lancar...rasa panjang, seolah-olah ia mengambil masa yang lama apabila pertama kali saya dapat merasakan mikrograviti iaitu terapung-apung.
"Segala pen dan buku saya mula terapung. Saya seolah-olah berada dalam satu mimpi dan menyoal diri sendiri, adakah ini merupakan realiti?
"Terkejut dengan situasi begitu sehingga bertanya (diri sendiri) adakah ia sekadar mimpi dan (ternyata) ia merupakan satu impian yang menjadi kenyataan," kata doktor perubatan itu yang telah menanam cita-cita untuk bergelar angkasawan sejak berusia 10 tahun.

Dr Sheikh Muszaphar berkata satu lagi pengalaman yang tidak mungkin dilupakannya ialah nikmat berbuka puasa di angkasa lepas.
"Saya sempat berpuasa dua hari di angkasa lepas (sebelum Ramadan berakhir)," katanya yang mengikuti waktu berbuka dan bersahur berdasarkan waktu Kazakhstan.
Beliau berlepas bersama dua lagi angkasawan dari Baikonur, Kazakhstan, pada 10 Okt dan kembali ke bumi pada Ahad lepas.
Katanya beliau tidak menghadapi sebarang masalah untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Islam di angkasa lepas kerana telah dibekalkan buku cara beribadah di angkasa lepas oleh Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim).
Menceritakan pengalamannya untuk ke tandas pula, Dr Sheikh Muszaphar berkata, memandangkan segalanya terapung, angkasawan terpaksa mengikat kaki agar tidak bergerak.
"Pertama kali tidak biasa tapi lama kelamaan ia menjadi mudah. Di angkasa lepas semuanya empat kali ganda lebih lama daripada berada di muka bumi dan untuk pakai baju dan seluar pun ambil masa 10 ke 15 minit," katanya.
Dalam tempoh melaksanakan misi itu Dr Sheikh Muszaphar berkata, beliau juga sempat berkongsi pengalaman yang menceriakan apabila menyambut lebaran di angkasa lepas dengan berkongsi makanan dan kuih-muih Malaysia dengan angkasawan lain di ISS.
Kesempatan itu juga digunakan untuk mendendangkan lagu-lagu Melayu iaitu "Malam Bulan di Pagar Bintang" oleh Tan Sri P.Ramlee, Seribu Bintang oleh Alleycats dan "Balik Kampung" oleh allahyarham Sudirman Haji Arshad, yang menurut Dr Sheikh Muszaphar, amat disukai angkasawan lain.

Comments
Post a Comment