Angakasawan Paling Lama Berada Di Angakasa Lepas
Selepas hampir setahun tinggal di ruang angkasa, angkawasan Pentadbiran
Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Scott Kelly akhirnya kembali ke
Bumi pada 2 Mac lepas
.Lelaki berusia 52 tahun itu mendarat bersama rakan sejawatnya, seorang angkasawan dari Rusia, Mikhail Kornienko di Dzhezkazgan, Kazakhstan selepas tiga jam penerbangan menaiki kapal angkasa Soyuz TMA-18M dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Pendaratan Kelly dan Kornienko turut disertai seorang lagi angkasawan Rusia, Sergey Volkov yang menyertai mereka di ISS pada 4 September 2015. Kelly dan Kornienko tiba di ISS pada 27 Mac tahun lalu.
Sepanjang setahun di angkasa, Kelly mengembara sejauh 143,846,525 batu (231,498,541 kilometer) dengan mengelilingi orbit sebanyak 5,440 kali dan menyaksikan 10,260 kejadian matahari terbit dan terbenam.
Namun, apa yang paling membanggakan, Kelly mencatatkan rekod baharu sebagai angkasawan warga Amerika Syarikat (AS) yang pertama meluangkan masa selama setahun di angkasa.

Beliau juga merupakan angkasawan AS paling lama berada di angkasa lepas dengan jumlah catatan keseluruhan selama 520 hari menerusi empat trip penerbangan.
Rekod paling lama berada di angkasa dipegang oleh angkasawan Rusia, Gennady Padalka dengan jumlah catatan keseluruhan selama 879 hari menerusi lima trip penerbangan.
Comments
Post a Comment